Sunday, October 20, 2013

Budaya Forward Whatsapp dan Share Facebook

Bismillah,

Dimana agaknya boleh saya mulakan? Mungkin dari beberapa perkara yg di forward melalui grup whatsapp. Memang mudah betul untuk forward sesuatu melalui butang forward yang ada didalam whatsapp. Jika di facebook barangkali dipanggil budaya share.

Macam-macam cerita yang dishare. Kisah kedai nasi kandar Pelita yang akhirnya terpaksa dikawtim oleh Us Shamsuri. Kisah produk-produk yang kononnya tidak halal sedangkan ada cop halal jakim yang sah. Kisah ECPI dan kemudiannya kisah bihun.

Saya bukan nak meringankan isu produk halal ini, tapi sebenarnya kami sekeluarga memang tak makan diluar dan jarang sangat beli makanan terproses. Jadi sebenarnya mesej yang sedemikian rupa tidak memberi kesan yang signifikan kepada saya. Tapi, mesej sebegini memberikan impak besar buat sahabat-sahabat saya yang lain. Kemudian mulalah mereka membuat spekulasi itu dan ini dan ada yang sehingga menimbulkan pertengkaran kecil di dalam grup. Sudahnya, bila ditanya, "Sebenarnya sahih ke berita ni? Cuba google?" dan apabila di google sebaliknya pula berlaku. Kiranya, perbincangan dan pergaduhan kecil tadi adalah apa?

Itu belum dikira lagi mereka yang menyebarkan hadis yang belum tentu sahih. Bayangkan, kita tidak pasti bahawa sesuatu hadis itu dari siapa tapi kita sebut 'Nabi saw bersabda'. Tahukah itu tidak dibolehkan? Haih..

Kemudian macam-macam lagi, bab gosip artis, gosip politik, gosip sukan dan macam-macam lagi. Ia mengundang bermacam jenis sangkaan yang diluar pemikiran kita. Saya beri contoh mudah.

Jika kalian tahu kisah pencuri RM 2 dari tabung masjid dan dihukum penjara selama berbelas bulan (saya tidak baca dengan baik). Ada yang cakap kesian, ada juga yang beranggapan pencuri itu dah biasa mencuri jadi dia deserve dapat hukuman sebegitu, ada yang condemn pencuri itu kerana tidak berusaha. Terus saya tunduk sendiri berfikir, apakah kita yang membuat andaian ini tahu apa yang dialami oleh so called pencuri RM 2 itu? Tidak, bukan? Kita hanya dengan segera membuat sangkaan.

Selalunya minda kita yang membaca mesej itu akan segera menerima sebab kita rasa mesej yang sarat dengan emoji cute, apatah lagi jika isi mesej itu memang 'in' betul dengan diri kita. Cepat saja kita forward tanpa mengetahui benar atau tidaknya mesej itu.

Ada juga yang menyebarkan surat berantai. Kononnya jika tidak diforward akan ditimpa bala malah jika diforward akan dapat keuntungan dunia berkali ganda. Aduh, boleh saja kita menghampiri syirik bukan bila mempercayainya? Bukankah manfaat dan mudharat hanyalah dari Allah, bukan dari usaha kita menyebar atau tidak apa-apa mesej berkenaan.

Ya, mungkin sahabat kita yang forward itu sgt soleh jadi mustahillah apa yang dia sebar itu tidak betul tapi cuba bila ditanya, rupanya bukan dia yang buat mesej itu. Habis siapa? Tahukah bagaimana sesuatu hadis disahkan sahih adalah dengan menilai perawi yang meriwayatkan hadis. Jika perawi itu tidak cukup tsiqah (tidak cukup boleh dipercayai) maka hadis yang diriwayatkan itu tidak akan berstatus sahih. Lihatlah bagaimana para ulama menjaga kesucian hadis dan menjadikan jiwa penganut agama suci dari pembohongan tetapi kita tidak mahu mengaplikasikannya di dalam kehidupan pula. Memanglah bukan hadis, tetapi pembohongan dunia tidak akan berleluasa dengan etika yang wajib kita jaga ini. 

Allah berfirman (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Bayangkan berita nasi kandar Pelita itu, boleh saja jika tiba-tiba perniagaan orang yang soleh menjadi bangkrap tiba-tiba. Selepas itu, gembirakah kita? Kemudian kisah bihun, ya betul bagus nak promosi produk bumiputera tetapi tidaklah sampai perlu memburukkan produk lain dengan tuduhan yabg tidak berasas kan?

Allah berfirman (maksudnya) : "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf, ayat 18).

Allah. Ini lebih menakutkan. Tambah pula jika kita tidak membaca pun isi mesej tapi forward merata dulu. Malaikat tidak seperti kita, mereka tidak culas untuk mencatat perbuatan kita. Justeru, berwaspadalah.

Allah berfirman (maksudnya) : 
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban" (Surah al-Isra', ayat 36)

Andai saja apa yang kita sebar itu adalah sahih dan tepat, awasilah pula niat penyebarannya. Walaupun kita tidak menyebarkan cerita palsu, namun jika cerita yang kita sebarkan itu berniat jahat, untuk mengadu domba ("Namimah"), untuk memburukkan pihak lain, atau menceritakan keburukan pihak lain, tanpa sebarang sebab yang dibolehkan syarak, maka ia sudah cukup untuk mendatangkan dosa yang hanya Allah SWT yang tahu akan banyaknya.

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
"Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan semua yang didengarinya." (Hadis riwayat Muslim)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a., bahawa Nabi bersabda (maksudnya) : "Sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan; sesunagguhnya kebaikan itu akan membawa ke syurga; dan sesungguhnya orang yang selalu berlaku jujur akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada keburukan; sesungguhnya keburukan itu akan mengheret kepada neraka; dan sesungguhnya orang yang sentiasa berdusta akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dulu saya kaki forward juga sehinggalah saya terperasan beberapa sahabat saya yang setiap kali saya atau sahabat lain forward, mereka akan bertanya, "Sahih ke berita ini?" maka saya terlintas kenapakah saya tidak boleh menjadi seperti mereka? Lalu saya cuba kikis sedikit demi sedikit perangai saya itu. Tak pasti atau tidak jika masih ada lagi 'penyakit' saya itu dan berharap sahabat saya akan terus menegur.

Apa yang menjadikan saya lebih kagum, ada seorang sahabat yang bersungguh memeriksa sama ada mesej yang diforward itu sahih atau tidak dengan menghubungi badan berwajib seperti laman web JAKIM berkenaan isu halal, customer service center utk cek kesahihan laman web Maybank akan di hack besar-besaran, penjual madu berkenaan status keaslian madu dan lain-lain. Kuat sungguh iman mereka ini pada ayat 6 surah al Hujurat.

Jika ramai orang seperti mereka ini, saya percaya gosip murahan tidak akan dapat hidup. Sekarang, saya tinggalkan kalian dengan mengajak kalian berfikir, 'bagaimanakah rupa dunia jika penipuan tidak ada?'

*tambahan panduan untuk share sesuatu yang dibuat oleh sahabat yang tersayang*

Panduan sebelum SHARE/Forward
1.Jangan terburu2 sebar berita. Tangguhkan sehingga anda benar-benar pasti akan kesahihannya.
2.Kongsi berita/fakta yg bermanfaat sahaja. Jangan kongsi berita negative seperti umpatan, gosip2 yang tidak bermanfaat apatah lagi yg jelas mengundang dosa seperti umpatan (kecuali umpatan yg dibolehkan oleh hukum syara’ atas maslahat tertentu)
3.Semak kesahihannya terutama jika disebar oleh org2 yang jelas kefasikannya (cth: melakukan dosa secara terangan2an seperti mendedahkan aurat ) dgn cara mencari maklumat dari sumber2 lain utk menyemak dll.
4.Selalu berdoa dgn doa yg matsur (Ya Allah Kau tunjukkanlah kebenaran ..) & mohon hidayah serta petunjukNya
5.Rujuk org yg arif dalam bidang yg diperkatakan utk kepastian. Cth: hadis dari pakar hadis. Perubatan dari doctor etc.
6. Percaya dan beramal dgn apa yg anda yakin & faham shj. Jgn turuti hal2 yang kita tiada ilmu ttg itu. (Al isra':36)
7.Sentiasa ingat bahawa malaikat sentiasa mencatat stiap amalan kita.  (Qaf:18)

Wallahua'lam

Saturday, October 19, 2013

Pembantu Yang Setia

Bismillah,

Malam raya. Anak-anak telah lena kerana eksaited esoknya hari raya. Tinggal kami berdua berborak didapur kerana disitu saja lampu boleh dipasang.

Ipar saya telah kongsi khutbah terakhir itu di grup whatsapp. Bacalah kalian dengan penuh penghayatan dan cuba rasakan seolah Rasulullah sedang bercakap dengan kita. Sebelum ini, saya pernah membaca khutbah ini. Tapi perasaannya sangat lain bila suami membacakannya sebutir-sebutir dengan nada yg mengesankan di malam yg hening pula.

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Ø  Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Ø  Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Ø  Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Ø  Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Ø  Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Ø  Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ø  Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ø  Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Ø  Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Ø  Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Ø  Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Salam Eidul Adha dan maaf zahir & batin

Cuba fokus yg saya CAPS kan,

Ø  Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Ø  Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan PEMBANTU KAMU YANG SETIA. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina

Padanlah ketika saya sedang basuh pinggan, menjamu makan dan mengemas dapur, suami mengulang-ulang ayat, "Umi ni pembantu abah yang setia". Errrhhhh.. Seperti selalu saya tangkis pujian tu dengan memuncung-muncungkan mulut dan membesarkan dan mencongekkan lubang hidung sebab saya memang tidak pandai respon pada pujian huhuhu (eh tu pujian ke ek?). Hahaha... --sila jgn tanya macam mana saya congekkan hidung juga hahaha...

Selepasnya, suami terus mengulang perkataan tu (malam tu je la) pada saya sampai hidung pun lenguh untuk dicongekkan. Walaupun saya tau saya belum memenuhi syarat wanita solehah tp kalau dpt penghargaan yang sebegini alahai, rasa seronok jugak huhuhu..

Cukuplah kot apa yg dikata oleh suamiku itu membantu saya jadi lebih baik dan berusaha menjadi 'pembantu yang setia' dalam ertikata yg sebenar yg Allah dan Rasul mahukan dan bukan menjadi org yg hanyut dgn pujian yg dilafaz oleh seorg suami buat isterinya. Sesungguhnya memang sukar mahu menjadi pembantu yang setia itu, semoga saja Allah membantu kita utk nampak jalan yang lurus iaitu jalan orang yang mendapat nikmat dan bukan jalan orang yang sesat.

Nasihat saya buat suami di luar sana. Boleh saja kalian buat sepertimana yang dilakukan oleh suamiku yang soleh ini. Bacakan khutbah ini, dan pandang wajah isterimu sambil menyebut merekalah pembantu yang setia buat diri kalian. Ya, mereka dahagakan pengisian spt ini, jd rawatlah rasa dahaga itu dengan pengisian dan pujian spt ini. Bagi saya, ia sangat berhasil.

Pembantu Yang Setia

Bismillah,

Malam raya. Anak-anak telah lena kerana eksaited esoknya hari raya. Tinggal kami berdua berborak didapur kerana disitu saja lampu boleh dipasang.

Ipar saya telah kongsi khutbah terakhir itu di grup whatsapp. Bacalah kalian dengan penuh penghayatan dan cuba rasakan seolah Rasulullah sedang bercakap dengan kita. Sebelum ini, saya pernah membaca khutbah ini. Tapi perasaannya sangat lain bila suami membacakannya sebutir-sebutir dengan nada yg mengesankan di malam yg hening pula.

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Ø  Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Ø  Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Ø  Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Ø  Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Ø  Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Ø  Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ø  Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ø  Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Ø  Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Ø  Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Ø  Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Salam Eidul Adha dan maaf zahir & batin

Cuba fokus yg saya CAPS kan,

Ø  Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Ø  Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan PEMBANTU KAMU YANG SETIA. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina

Padanlah ketika saya sedang basuh pinggan, menjamu makan dan mengemas dapur, suami mengulang-ulang ayat, "Umi ni pembantu abah yang setia". Errrhhhh.. Seperti selalu saya tangkis pujian tu dengan memuncung-muncungkan mulut dan membesarkan dan mencongekkan lubang hidung sebab saya memang tidak pandai respon pada pujian huhuhu (eh tu pujian ke ek?). Hahaha... --sila jgn tanya macam mana saya congekkan hidung juga hahaha...

Selepasnya, suami terus mengulang perkataan tu (malam tu je la) pada saya sampai hidung pun lenguh untuk dicongekkan. Walaupun saya tau saya belum memenuhi syarat wanita solehah tp kalau dpt penghargaan yang sebegini alahai, rasa seronok jugak huhuhu..

Cukuplah kot apa yg dikata oleh suamiku itu membantu saya jadi lebih baik dan berusaha menjadi 'pembantu yang setia' dalam ertikata yg sebenar yg Allah dan Rasul mahukan dan bukan menjadi org yg hanyut dgn pujian yg dilafaz oleh seorg suami buat isterinya. Sesungguhnya memang sukar mahu menjadi pembantu yang setia itu, semoga saja Allah membantu kita utk nampak jalan yang lurus iaitu jalan orang yang mendapat nikmat dan bukan jalan orang yang sesat.

Nasihat saya buat suami di luar sana. Boleh saja kalian buat sepertimana yang dilakukan oleh suamiku yang soleh ini. Bacakan khutbah ini, dan pandang wajah isterimu sambil menyebut merekalah pembantu yang setia buat diri kalian. Ya, mereka dahagakan pengisian spt ini, jd rawatlah rasa dahaga itu dengan pengisian dan pujian spt ini. Bagi saya, ia sangat berhasil.

Thursday, October 10, 2013

Beruntung Masih Diuji

Bismillah,

Alhamdulillah, masih sempat duduk selepas solat zohor ni. Sempatlah sekejap meluruskan minda yang agak berserabut. Serabut? Hihi...

Beberapa hari lepas, beberapa perkara berbaris-baris datang kepada kami. Tidak mahu membebankan suami berlebihan saya cuba berfikir sendiri. Selalunya pun, saya mesti duduk diam, menulis dan merancang beberapa tibdakan sebelum memberitahu suami.

Sekalipun dia akan menolak semua cadangan saya, saya akan terima dengan hati terbuka. Selalunya begitu kerana saya tidak mahu lagi kisah seperti dahulu terjadi lagi. Saya terima pun tidaklah sebulatnya. Suami mengajar saya mempertikai sekadar untuk membuat pelan tindakan, bukan sehingga melawan. Jika dengan persoalan saya itu, dia ada pelan tndakannya maka ya, itu akan jadi keputusan kami secara bersama.

Hari ini, beberapa perkara hampir selesai. Tingal lagi sedikit. Tetapi sedikit itu besar (waaaaa......). Saya terpaksa bergantung kepada orang lain pula untuk bertindak dan bila terpaksa bergantung pada orang ni lah yang saya mula rasa tidak enak.

Maklum saja, minta pertolongan orang pun kita mesti sukat kemampuan orang yang mahu menolong. Jika dia mampu, adakah dia mahu menolong pula. Sedangkan dalam keadaan yang sama, kita sangat memerlukan dan bergantung padanya. Allahuakbar! Allah Maha Tahu saya sungguh tak minat menyusahkan orang.

Kesusahan lampau telah membuatkan saya jemu dengan manusia. Saya hanya mahu Allah memberi pertolonganNya. Kerana pertolongan Allah itu lembut dan penuh kasih sayang malah lebih penting, tiada syarat. Ayat Allah, "Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat" memang menjadi pegangan saya. Dalam posisi sekarang, memang itulah sahaja usaha yang saya ada.

Ketika mahu meluruskan keadaan ini, saya sebenarnya telah menyibukkan diri ke dalam beberapa diskusi dan ternyata hari ini saya panas. Panas sehingga ada pihak yang terpaksa pm dan bertanya khabar, meminta maaf juga memberitahu cinta mereka kepada saya.

Allahuakbar, saya silap. Silap besar bila saya masuk ke dalam diskusi sedangkan rentak hati saya tidak tenang. Sepatutnya saya tidak ikut serta berdiskusi. Saya silap, kerana telah melukakan. Ada baiknya juga saya berehat dalam erti kata sebenar sebentar. Mengisi masa dengan berdiskusi tidak baik buat saya.

Semalam saya dah mula panas tapi suami saya tak tau, tiba-tiba dia balik bawa nasi kerabu kegemaran saya. Hehe.. Itu menjadi ubat bagi saya sepanjang hari semalam. Hari ini, saya paksa dia beli udang. Semoga selepas makan udang saya ok lagi. Kekeke...

Nampak gaya, saya akan mengisi masa di Parit Buntar lagi buat beberapa ketika selepas ini. Suami saya barangkali faham bila dia yang menyebut tentang hal ini sedangkan saya tahu, susah dia nak lepaskan saya pulang ke Parit Buntar. Doakan semoga segalanya berjalan lebih lancar.

Wednesday, October 09, 2013

Berleter Kepada Diri Sendiri Untuk Motivasi

Allahurabbi

Baru selesai muhasabah diri. Kadang2 terasa letih buat benda kecil impak kecil. Lipat kain, jahit tilam koyak, kemaskan sepah, basuh pinggan, sapu sampah dll yg tiap2 hari nk diulang-ulang.

Kenapalah diri berhajatkan kain kemas tersusun sedangkan dalam masa sama mahu sentiasa bersih. Kalau mahu bersih memang kena mandi. Kalau mandi pakai baju sama semula pun xboleh juga, kena tukar baju. Baju yg dah diguna kalau dah xdibasuh pun serabut mata melihat. Akhirnya kena basuh juga. Dah basuh kalau tak sidai busuk pulak. Bila dah sidai pulak kena kutip juga sbb nak pakai. Nak pakai susah pulak nak pilih kalau tak berlipat elok plus mata pun suka tgk yg berlipat kemas.

Tilam baju koyak. Kekabu terbang merata gatal hidung. Yg span plak nnt dicungkil anak buat main merata pun ada. Kalau toto, udahnya kalau koyak terkoyak terus dah xnampak rupa toto kalau dibasuh. Kelambu kalau koyak, tidurlah dengan nyamuk. Baju kalau koyak kena beli baru. Semua ni kalau nak beli baru kena duit. Dan duit.... Xpelah, malas nak cakap panjang.

Sepah. Anak2 selalu ambil sesuatu barang bukan terus sepah. Main dan sepah atau selak buku dan sepah atau conteng dan sepah atau beraktiviti dan sepah. Tapi selalu anak diam je kalau tak sihat. Kalau diam tak sepah tu maknanya tak sihat. Bila anak tak sihat laaaagi serabut. Serabut serabut serabut.

Dapur. Kalau tak jenguk nanti lapar. Bila lapar kita mudah marah. Anak lapar pun mengamuk merengek non stop. Kalau takat tu je xpe, tp kang semua jd xsemangat nak buat keje sbb lemah xde tenaga. Otak pun jd slow.

Aduh, kecik ke impaknya ni? Kalau semua yg diatas setel, banyak lagi benda lain setel.

Jika barang dikemas. Anak akan korek semula, beraktiviti semula, sepah semula (hoh). Bermakna otak mereka dirangsang. Kesabaran umi akan dirangsang. Semua ciri baik sebenarnya akan dirangsang.

Jahitan koyak. Jimat, org lain perlukan duit utk beli bila spender koyak, bra longgar, seluar rabak, pasang mosquito net, tilam baru dll tp kalau sabar menjahit jimat banyaj dah tu.

Ahli keluarga cukup makan. Sudahlah air tangan ibuabah. Sedap (belasah je), seronok, puas makan, anak hati tenang, bersemangat untuk beraktiviti, umi xcepat marah. Semua tenang.

Ok skang kita combine semua impak kecil. Keluarga jadi harmoni, anak jadi pandai, umi abah bahagia dr hati, masyarakat jd harmoni, negara jd stabil dan errr.. Lu pikir la sendiri.

Kesimpulan? Errr.. Maka aku sdg menyimpulkan diri dlm timbunan kain, jahitan koyak dan bergelumang di dapur lagi dan lagi. Uffffffff... Chayyok chayyyokkkk sambil zikir fatimah huhuhuhu

sitisifir10.blogspot.com

Lain Di Mulut Lain Di Hati : Nota Tanyalah Ustazah

Ustazah Nabilah Yusof

- Lain dimulut lain dihati = munafik
- Munafik - asal dr perkataan nafaqa (lubang yg dibuat oleh tikus atas sebab tertentu)
- byk ayat sebut ttg munafik, 37 kali tulis perkataan nifaq tp lebih byk ayat yg menyatakan hukum nifaq
- nifaq adalah menjelaskan perkara yg baik dan menyembunyikan perkara yg jahat
- nifaq boleh merosakkan agama, masyarakat, keluarga, agama
- syair arab : tidak ada kebaikan satu pun drpd seorg yg lemah lembut jika dia jumpa kita dia berani kata dia percaya pada kita, dan apabila dia sembunyi dr kita, dia seperti kala jengking. Lidahnya sangat manis tp hatinya macam api membara.

Soalan : Huraikan sifat org munafik.
- alBaqarah : 8-20
- sejarah munafik dimulakan oleh abdullah bin ubai
- buruk sangka kepada org beriman
- mengatakan org beriman sbg org yg bodoh
- hadis : tanda munafik 3. Bila bercakap - tipu, bila berjanji - mungkir, bila diberi amanah - khianat
- bila bergaduh, berlebihan
- jgn sewenang2nya menuduh org munafik, jauhi bersangka-sangka kerana itu adalah pembohongan terbesar dlm hidup
- jgn berhasad dengki, jgn mengintip2, jgn menyibuk2,

Soalan : Bagaimana niat memainkan peranan untuk sesuatu perbuatan?
- hadis : sesungguhnya setiap amal bergantung pd niat dan setiap org itu bergantung pd apa yg diniatkan. Sapa niat utk Allah dan Rasul, maka itulah yg dia akan dpt tp siapa yg niatnya untuk dunia maka itulah saja yg dia dapat
- lebih baik diam jika xtau boleh ke tak buat apa yg terlintas di dalam hati

Soalan : Apakah punca seseorg bersifat munafik?
- puncanya adalah penyakit hati
- jauhi siat riak, ujub, takabur, hasad
- betulkan niat jgn buat sesuatu kerana adat

Soalan : Apakah balasan di dunia dan akhirat bagi orang munafik?
- azab yg pedih dr neraka plg bawah
- annisa : 145 - org munafik xkan dpt apa pun pertolingan atau syafaat
- rasulullah ditegur oleh Allah apabila mensolatkan jenazah abdullah bin ubai

Soalan : Adakala perlu tipu utk jaga rumahtangga. Adakah itu munafik?
- setiap pembohongan akan ditulis kecuali 3 perkara : bohong dlm peperangan, suami nak dptkan keredhaan isteri, meleraikan pergaduhan

Membudayakan Majlis Ilmu Dengan Anak

Bismillah,

Semalam saya berkongsi dengan beberapa grup wassap tentang diskusi kami anak beranak berkenaan kejayaan sebenar. Sengaja mahu berkongsi dan mencetuskan budaya ini ke dalam rumah sahabat-sahabat pula. Tidaklah saya niat untuk menunjuk-nunjuk tentang apa yang saya lakukan ini sebab apa pun yang saya lakukan ia hanyalah terlalu kurang berbanding kalian yang membaca sebenarnya.

Sebenarnya saya lakukan ini sedari anak mula faham saya bercakap. Tanda dia faham adalah ketika mereka boleh mematuhia arahan pendek macam masa kita suruh ambik barang dan dia ambil. Juga satu lagi tanda dia faham adalah mula bercakap sebab budak bila dia bercakap tu memang sebab dia konpiden dengan 'ilmu bercakap' dia tu iaitu dia faham apa yang dia sebut.

Tetapi saya tidak lakukannya setiap hari. Ada kala memang ambil masa sebulan untuk membaca bersama-sama ini. Dapatlah saya perhatikan pada anak yang dah besar, semakin besar semakin minat mereka dengan sesi pendek ini.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu, betapa saya sebenarnya mahu berbicara baik-baik dengan anak. Saya sebenarnya adalah seorang umi yang garang. Saya tak pandai nak mengusik anak pun berbanding abahnya. Jadi, saya ambil kesempatan bila abahnya tiada untuk buat sesi ini dengan anak-anak. Ia sebenarnya untuk melatih diri saya sebenarnya dan saya masih dalam proses belajar menjadi ibu yang ideal.

Soalan :
Izinkan adinda bertanya, sejak umur anak berapa tahunkah sesi taklim begini kak pija adakan?
5thn dh bole salin ayat aq dgn baik n punya diari sndri mmg luar biasa..
Sy n kwn2 nak latih ank2 murid thn 1 menyalin ayat2 aq pendek pun berpeluh2 pegangkan tgn bagai..
Jawabku :
Sesi ni diadakan masa anak sulung 5-6 tahun. Sblm tu sll je bacakan buku tp xde buat huraian sangat. Diari tu mmg saje belikan once diorg dah sekolah rendah. Nk bg diorang plan kehidupan. Sbnrnya masa dulu, mak pun bg saya diari. So kira tiru apa mak buat je la ni sbb saya sendiri dpt manfaatnya dulu

Soalan :
saya perasan anak lelaki lebih gemar melukis dari menulis
Bagaimana untuk merangsang anak menulis?
Sbb tu tabikla ank2 kak pija sekecik2 tu bole dgr usrah..
Ank2 murid den..
Kompem wat gtu den sakit dado.mcm cakap ke dri sndri je...bdk2 kecik ni suka sesuatu yg kreatif
Kalau wat penerangan ttg ulum tu..istinjak..adab..sirah cg2 kena kreatif tunjuk gambar..atau apa2 yg kreatif utk tarik perhatian..
Pe pun kak pija..
Cayala...teringin plk nak jumpa ank2 kak pija 
Bagusnya gtu..
Bak kata org tgnu..
Teretib tereningggnyeela..
Anak2 yg kecik blh faham x?

Jawabku :
Yang kecil mmg nampak xfaham lagi. Tp itu sekadar latihan utk hadiri majlis ilmu aje. Anak kami dr kecil mmg melukis tu mcm hobi. Senang je diorang melukis. Menulis ni kira sekali harung. Ahmadi 3 tahun dah pandai buat a-z sampai kami terkejut tgk perkembangan dia.

Satu lagi rasanya yang penting adalah pembudayaan ilmu tu sendiri. Kalau kita sendiri tak cuba utk mengisi masa, mmg diorang pun xpandai nk cari cara isi masa. Jd kami buat sekadar yg mampu. Abah diorg pun sll bacakan hadis slps solat tp sll anak laki je lah dengar sbb baca di surau. Yg perempuan duduk dlm rumah aje.

Bila kita budayakan perkara yg baik, insya Allah anak akan ikut sama. Jija tidak semua, sedikit pun xapa. Apa yang kami buat pun belum tentu baik tapi kami cuba juga sedaya upaya untuk buat yang terbaik sebab perkembangan anak-anak bukan setakat pendidikan semata-mata. Pemakanan dan lain2 juga penting untuk menjadikan mereka seorang manusia yang berguna.

Kerja Korban : Nota Tanyalah Ustaz

Alkausar : 1-3
- aidil adha lebih besar dr aidil fitri
- korban ini sunnah
- bersempena Nabi Ibrahim hendak menyembelih Nabi Ismail dan digantikan dengan kibas
- setiap helai bulu haiwan yg dikorbankan dikira sebagai kelebihan kurnia dari Allah kepada orang yang buat korban

Assaffat : 100
- org xmampu buat korban kalau xde rasa pengorbanan

Soalan : Apakah hukum melaksanakan ibadah korban?
- asas dalil dan nas diperintahkan ada dlm al kausar
- sunat muakad menurut imam syafie bagi mereka yang mampu.
- makruh xbuat kalau mampu
- wajib atas baginda Rasulullah SAW 'diperintahkan keatas aku dan disunahkan kepada umatku'
- korban menjadi wajib jika bernazar
- siapa menghidupkan syiar, itu melambangkan hati yang bertaqwa

Soalan : Ada org kata daging korban haram dimakan. Betul ke?
- korban nazar -- daging xboleh dimakan oleh org yg buat korban
- haram jika curi

Soalan : Bagaimana cara niat untuk melakukan korban?
- niat adalah syarat korban
- kita sunat hadir ke majlis korban dan niat sebelum lembu tu dikorbankan 'korban ini daripadamu dan kepadamulah kembali, terimalah korbanku ini ya Allah'
- boleh wakilkan kepada orang yang menyembelih
- tukang sembelih baca masa nak sembelih selepas baca Bismillah
- niat awal sebelum korban adalah harus

Soalan : Korban dan akikah, manakah lebih afdhal?
- kedua-duanya sunat muakad
- ibadah korban waktunya adalah terhad 11,12,13 zulhijjah
- akikah dituntut hari ke 7 buat dan masa lain pun xpe sblm dia baligh (masanya panjang)
- kena igt tujuan, dua2 ada kepentingan
- tiap anak tergadai dengan akikahnya -- kalau mampu, x akikahkan anak nnt anak xbagi syafaat pada ayah
- korban pula akan dtg pd hari akhirat dan ia akan jd kenderaan hari akhirat
- ulama fiqh berbeza pendapat
- kena nilai sendiri mana yg lebih utama mengikut kemampuan, tujuan dll

Soalan : Bolehke kongsi seekor lembu untuk korban?
- satu lembu 7 bahagian
- menurut syafie, boleh kongsi bahagian korban cth 4 korban, 3 akikah
- tak boleh dikongsi dlm satu bhgn ada akikah dgn korban

Soalan : Mana dalil yang kita boleh kongsi 7 bahagian?
- haji di hudaibiyah sahabat berkongsi 7 org pada seekor unta
- kambing xboleh kongsi

Soalan : Boleh ke daging korban diberikan kepada orang kaya?
- harus dihadiahkan kepada orang kaya Muslim
- orang kaya dapat xboleh jual daging korban tu
- kalau orang miskin, dia boleh ambil dan boleh jual
- al Haj : 37 --daging2 korban xsampai kepada Allah, tetapi yg sampai adalah taqwa

Soalan : Bolehkah korban binatang yang cacat?
- selamat dari aib kecacatan yg boleh mengurangkan kemampuannya dr makan
- boleh jika haiwan di kasi kan
- jgn haiwan yg nyata buta, tempang, kurus dan lemah

Soalan : Bolehkah korban untuk orang yang meninggal?
- tidak memadai melakukan korban utk org yg meninggal
- harus sedekah pahala korban kepada org yg tlh meninggal

Soalan : Adakah korban sunat org yg melakukan korban sembelih sendiri?
- ya sunat.
- jika xmampu boleh diwakilkan
- sunat menyaksikan korban

Soalan : Adakah sah jika seorg perempuan yg melakukan korban?
- boleh dan sah tapi makruh org perempuan buat
- syarat wajib adalah Islam, xbaligh pun cpe

Soalan : Masa mana yang sesuai melakukan ibadah korban?
- pada tiap hari tasyrik adalah hari melakukan sembelihan (11, 12, 13 zulhijjah)
- sebaiknya pada 10 zulhijjah

Soalan : Bagaimana untuk mengagihkan daging korban?
- daging korban nazar wajib sedekah semua bahagian. Haram dia sendiri makan.
- daging korban sunat boleh dimakan oleh org yg korban sebahagian
- satu bhgn mesti diberi pada org fakir, jika x, tak sah

Soalan : Adakah org yg dpt daging boleh jual daging yg dia dapat?
- org kaya xboleh jual, dia hanya dibenarkan makan
- org fakir miskin boleh jual

Tuesday, October 08, 2013

Anakku : Hakikat Kejayaan Sebenar

'Āli `Imrān:185 - Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Bismillah,

Ayat itulah yang kami bincangkan semalam. Umi sekadar mahu anak-anak tahu apa itu kejayaan yang sebenarnya. Umi terjumpa ayat ini dari buku maksu yang umi tercilok ((alamak dah la xminta izin pinjam, pehtu terbawa balik Kelantan pulak)). Buku Hilal Asyraf bertajuk Sebelum Aku Bernikah.

Mula-mula Uwaiys baca. Lambat dan ntah dimana titik dan komanya (haha). Selepas itu giliran Usamah. Lancar sedikit tetapi slownya lahai suara. Tiba giliran Asmaa' baru puas hati. Hehe..

Selepas baca, seperti selalu umi minta mereka beritahu apa yang mereka faham.
1. Semua orang akan mati
2. Orang jahat masuk neraka, orang baik masuk syurga

Ok itu point yang anak umi faham. Kira OK la tu. Asmaa elaborate lebih sikit tapi umi dah tak ingat apa yang kakak cakap. Rasanya kalau kita ngumpat org, pahala kita akan sampai pada orang yang kita umpat dan bila dah habis pahala kita dia ambil, kita pulak yang akan ambil dosa dia. Tapi rasa macam xde dalam ayat tadi cuma good point jugaklah.

Umi sekadar nak terangkan bahawasanya kejayaan sebenar adalah apabila kita masuk ke dalam syurga. Bermaksudnya di dunia ini kita tidak layak mendabik dada kononnya berjaya.

Sebagai contoh, sudah mandi pun nak kecoh mendahului adik beradik yang lain. Lagi, kepoh bagitahu umi rumah kemas ni sebab saya yang kemas. Baca Quran, siapa yang paling kehadapan sekali. Macam-macam bentuk perlumbaan dunia yang sebenarnya nilainya hampir tiada jika pandangan manusia yang kita mahu.

Umi menyeru anak-anak, biarlah kita selalu ikhlas. Bila berbuat kebaikan tidak perlulah dicanang. Bila kita berjaya melakukan sesuatu tidak perlulah disebut kerana nilainya di sisi Allah belum tentu baik juga. Begitulah sepatutnya anakku, supaya Allah redha. Pandangan manusia tiada apa-apa dan bukan matlamat kita. Pun begitu janganlah sampai menidakkan ketidakselesaan orang lain.

Seterusnya kami berbincang tentang anak-anak yang suka berebut. Tiada sifat beralah sangatlah tidak baik. Jadi peringatan berterusan haruslah umi berikan. Umi yakin anak umi segera akan berubah kerana redha Allah dan syurga Allah adalah matlamat kita.

Semoga saja kita tidak lalai dalam kesenangan dunia yang menipu ye anak-anakku. Selesai berdiskusi, Asmaa mengambil buku itu dan menyalin ayat Quran tadi di dalam diarinya. Terkenang di masa lalu, umi mu, sekiranya mahu menyalin, maka ia hanyalah mutiara kata yang umi kumpul dari majalah Wanita opah. Tapi sucinya anak umi, umur semuda kalian sudah meminati ayat dari Allah melalui Rasulullah SAW. Semoga alQuran terus menjadi sahabat kita semua :)

Monday, October 07, 2013

Pakaian Taqwa : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh : Ustaz Abdullah Mahmud

AlBaqarah : 286
- Allah xkan bebankan kita dgn satu bebanan yg kita xbole tanggung

Soalan : Kenapa taqwa disifatkan sebagai pakaian?
- Pakaian biasanya org nampak. Kita boleh kenal perangai org dr pakaian dia. Ambil kira apa pandangan orang bila berpakaian
- Begitu juga taqwa, yang juga kelihatan pada kelakuan dan perangainya.
- jgn sekadar ambil kira apa org kata, pentingkan apa yg Allah kata
- apa yg manusia lihat, Allah lihat juga tapi apa yg Allah lihat belum tentu manusia lihat
- Allah tahu sehingga ke dalam hati
- kita berdosa jika kita menyebabkan org mengata kita

Soalan : Bagaimana untuk mengekalkan rasa taqwa sepjg masa?
- taqwa sll bermusim
- kenalilah diri kita sendiri, rasakan diri kita hin, kecil dan kerdil disisi Allah
- taqwa tidak dtg jika sombong

Soalan : Kenapa selalu terjadi orang yang dah bertaqwa berubah?
- mungkin dr tekanan hidup, kecewa dengan org sekeliling

Soalan : Bolehkah kita merasai bahawa kita sudah menjadi orang yang bertaqwa?
- taqwa ni org nampak tp kita xtau pun kita dah bertaqwa
- kebaikan diri jgn diingat dan jgn diungkit

Soalan : Bagaimana org bertaqwa boleh dikenali?
- berkawan dengannya lebih 3 hari 3 malam

Soalan : Apakah perbuatan yang boleh menghilangkan rasa taqwa?
- bila salah memilih kawan
- tiada ilmu

Sunday, October 06, 2013

Cara Membawa Anak Perempuan Pulang Ke Rumah

Bismillah, saya terjumpa dengan soalan ini di mailing list, di sini saya kongsikan jawapan saya, manakan tahu jika ini boleh membantu orang lain yang memerlukan pula.

Salam rakan2 semua,
Saya sorang ibu tunggal yang mempunyai 5 org anak,yang menjadi masalah saya ialah anak perempuan sulong saya telah mengikut sorang lelaki dan tak mau balik kerumah terus,telah bermacam2 pujuk saya dah buat tapi dia tetap tak mau balik,di suroh nikah dia tak mau,jk saya cakap lebih2 saya akan di maki hamun,skrg saya cuba berkeras dgn dia dan mencari dia dirumah sewa kwn2 dia,saya jgk yg kena maki dan tak berjaya bwk dia balik kerumah,skrg anak saya tutup talipon dan saya tak dpt hubungi dia lg,dsini dapat lah kira nya sahabat memberi pendapat cara untok berubat anak saya ni supaya dia kembali semula kerumah dan supaya dia tidak lagi berkeras,saya terpaksa menanggung semua ni sendiri sebab bekas suami saya tak mau ambil tahu lagi masalah kami anak beranak wlau pun saya telah bercerita pada dia...

Jawapan saya :

Assalamualaikum,

Saya barangkali xtau kisah puan sepenuhnya. Satu perkara yang mungkin boleh puan lakukan adalah dengan terus menerus memujuk anak puan. Mohon maaf daripadanya atas salah silap puan dlm membesarkannya. Jgn lupa beritahu dia yg puan sgt sayangkan dia.

Seterusnya, jgn sekali-kali puan melawan balas bila dicaci maki anak, saya tidak bermaksud utk terus membiarkan anak puan terus derhaka tetapi kadangkala kesabaran seorang ibu sangat menawan hati seorang anak insya Allah. Juga semasa mahu berjumpa dengan anak, banyakkan membaca ayat dr surah almursalat : 35 atau al a'raaf : 118 atau an naml : 85 dengan tujuan membungkam mereka agar tidak terus menghina puan.

Al-Mursalāt:35 - Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),

Al-'A`rāf:118 - Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.

An-Naml:85 - Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka (berlaku kufur ingkar), lalu mereka diam membisu.

Di dalam masa yang sama, puan mestilah bertaubat dengan sepenuh hati dan berdoa bersungguh2 supaya anak puan akan pulang juga nanti. Ikhtiar lain, selalulah berdoa dgn membaca spt urutan berikut :
1. Surah Yaasin : 65-67

Yā-Sīn:65 - Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
Yā-Sīn:66 - (Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
Yā-Sīn:67 - (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.

2. Surah An Nur : 40

An-Nūr:40 - Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).

3. Ath-thaariq : 8 (3 kali)

Aţ-Ţāriq:8 - Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

Baca turutan ini setiap kali terlintas teringat kepada anak puan. Selalulah ulang lafaz ayat At-Tariq tu di dalam hati dengan niat anak puan akan kembali. Anak puan akan rasa bingung dan ahirnya kembali. Ini bergantung kepada kesungguhan puan berharap kepada Allah untuk memberi rasa dihatinya.

Saya sgt menyarankan puan berusaha sendiri tanpa berubat kemana2 kerana usaha kita adalah dari diri kita sendiri dan janganlah cari org tgh sebagai usaha yang utama sedangkan diri kita tidak berusaha sendiri. Insya Allah dengan keyakinan diri yg penuh kepada Allah akan banyak membantu akhirnya.

Wallahua'lam

Saturday, October 05, 2013

Anakku : Jom Sempurnakan Wudhu

Usai Maghrib, terasa lama sudah tidak berdiskusi dengan anak-anak. Jadi satu majalah dicapai. Dikisahkan tentang seorang budak yang menolong kejiranan mereka mengecat dan kemudiannya terlekat sedikit cat ditumitnya.

Kami berbincang sedikit bahawa cat bukanlah najis pun tetapi ia menghalang air dari sampai ke anggota wudhu. Selain cat, benda lain yang boleh menghalang air dari sampai ke anggota wudhu adalah sisik ikan, getah, lilin, gam kuat dan lain-lain.

Jika terjadi begini maka benda itu mesti dibuang dari kulit dan kemudian wudhu dan solat mestilah diulangi semula. Lalu saya memberitahu anak, bahawa kuku yang panjang juga boleh menghalang wudhu. Lalu masing-masing baru teringat kuku tidak dipotong Jumaat lepas. Begitulah selalunya kalau bukan umi yang ingatkan ;).

Sambil mereka mula berebut giliran memotong kuku, saya juga cuba menekankan usaha kita untuk menyampaikan air dengan baik dengan menyelat ke celah jari dan meratakan air ke anggota yang rata. Mudahnya bila kita berbicara dengan anak, selak ke betis sikit untuk tunjuk pun tidak mengapa.

Dikisahkan pada suatu hari di zaman Rasulullah s.a.w, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik 
(Hadis riwayat Muslim)

Seterusnya kami berbicara kenapa sesama adik beradik masih bergaduh, mungkin ini datangnya dari solat yang tidak sempurna. Semoga selepas ini basahnya wudhu akan membuatkan anak-anak umi makin soleh dan solehah dan tidak bergaduh sesama sendiri.

Friday, October 04, 2013

Korban Cinta : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh us syed mohamad norhisyam tuan padang

AlBaqarah :  165
- ada di kalangan manusia mengambil benda lain sbg sembahan

Ibrahim : 37
- Sayyidatina Sarah hadiahkan hajar kepada Nabi Ibrahim
- disebalik lelaki yg hebat adalah seorg wanita yg hebat
- slps puluhan kawin dgn Sayyidatina sarah xdpt anak, Nabi ibrahim kawin dgn Sayyidatina hajar dan dpt Nabi ismail, slps tu Sayyidatina Sarah dpt Nabi Ishak
- ada hadis ceritakan kisah secara detail mcm mana Nabi Ibrahim hantar Sayyidatina Hajar (Nabi Ibrahim bukan hantar Sayyidatina Hajar ke tgh pdg pasir sbb Sayyidatina Sarah jeles - itu kisah israilliyyat)
- kisah ini adalah tanda kepatuhan mutlak pd Allah sbb xde sapa yg gamak tinggal anak dan isteri di tpt yg xde sumber makan minum mcm tu

Korban
- asal dr perkataan qa ru ba - dekat
- nabi ajar kita sebut kalau sayang pd seseorg (falyukhbirhu annahu)
- zaman jahiliah dulu xde cinta tp hanya nafsu
- bukan sekadar sesama manusia tp dgn binatang spt jgn asah pisau depan haiwan, tajamkan pisau

Soalan : Apa modal seorg Muslim utk dptkan cinta Allah?
- ali imran : 61 ((kalau btl cinta Allah, ikut rasulullah))
- bila Allah cinta kpd manusia, manusia akan dpt apa yg dihajati
- ikut cara Rasulullah SAW
- seseorg yg btl cinta pd seseorg, dia akan ikut siapa yg dicintai. Jika cinta Allah, maka ikut apa kata Allah dan jika cinta rasulullah adalah dengan ikut rasulullah
- cintanya Abdullah ibnu (omar ke abas) sanggup tunduk di bawah dahan yg dah ditebang
- kisah ayah saidina abu bakar peluk Islam, saidina abu bakar menangis sbb dia lebih suka kalau ayah saudara nabi yg peluk Islam iaitu
- tanda kesempurnaan cinta kepada A, kita juga sayang kepada org yg dicintai A

Soalan : Apakah formula kpd yg hakiki tidak kepada dunia dan yg lainnya?
- us pahrol kata bila kita cintakan seseorg tp lupa kpd pencipta org yg kita cintai itu
- hadis (utk rasa manis iman adalah bila mengasihi seseorg, maka sayang itu adalah kerana Allah)
- tanam cinta kepada Allah kpd hati para isteri

Soalan : Bagaimana nak rangsang rasa cinta kpd Allah?
- baca quran, sirah
- hadiri majlis ilmu
- doa utk dpt cinta Allah : Allahumma inni as aluka hubbak, ya Allah aku memohon cinta Mu ya Allah dan cinta org2 yg mencintaiMu dan berikan kepadaku kekuatan dengan beramal dengan amalan yg membawa cinta kepada Allah

Soalan : Ada ulama su' dan ulama akhirah, mcm mana nk cintakan ulama kalau begitu?
- ulama sebenar takut kepada Allah
- ramai ulama yg utamakan dunia dan diri, sehingga mengelirukan masyarakat

AlBaqarah : 207
- Ada sebahagian di kalangan manusia yg berkorban segalanya utk dpt redha Allah
- berkorban yg kita sayang utk dpt yg lebih baik

Soalan : Ramai gadis yg terkorban kerana cinta. Kenapa ini merebak dlm masyarakat kita?
- terpengaruh dgn budaya luar
- tidak mengutamakan redha Allah
- ibubapa binalah hubungan yg baik dengan anak supaya anak hormat
- sahabat bernama zaib ibnu dusunnah diseksa oleh abu sufian (blm islam ketika tu). Zaid ditanya 'nak tak kalau muhammad yg diseksa menggantikan kamu' dan dia jawab 'dia xnak muhammad terkena duri sekalipun'

Soalan : jika mencintai Allah mesti mencintai Rasul, bagaimana ada golongan yg hina Rasulullah?
- jika menghina sahabat juga bermakna hina rasulullah
- dalam perang badar, abdul rahman bin auf melihat dua org pemuda yg mencari sesuatu dan dtg kpd abd rahman, 'tlg tunjukkan saya abu jahal'. Mereka diberitahu abu jahal sll hina nabi dan mereka nak tuntut bela

Soalan : Ramai manusia cintakan dunia ((terlepas soalan))
- org yg ketepikan cinta agama adalah org yg gagal
- sesuaikan diri dgn org yg didakwah utk mengajak ke jalan Allah

- hadis -- apabila lihat anak bln zulhijjah, jgn ptg kuku dan cabut bulu jika ambil bahagian korban

Soalan : Sayang anak tangan2kan, saya isteri tinggalkan, sbnrnya apa maksudnya?
- didik anak mesti kena pukul sikit
- pukul pun ada cara pukul, seumpama garam dlm masakan. Kasih sayang banyak tp garam (pukul) sikit
- sayang isteri, gembirakan isteri yg btlnya
- nabi sgt menghargai isterinya
- org mukmin yg sempurna iman adalah yg plg baik akhlaknya, dan sebaik2 akhlak terhadap isteri adalah nabi
- pimpin tgn isteri ke syurga Allah
- fahamilah isteri
- khadijah tlh wafat tp nabi masih syg dgn hantar lauk kpd kawan khadijah

Soalan : Ulang doa kasih kepada Allah?
- riwayat attarmizi ((doa nabi daud -- allahumma inni as aluka hubbak, wa hubba man yuhibbuka, wa 'amalallazi yuballighuni hubbak, allhumaj'al hubbaka ahabba ilayya minnafsi))

Soalan : Abu talib sgt sygkan Rasulullah tapi mati tidak beriman. Adakah sygnya itu akan selamat di akhirat?
- abu talib sanggup duduk tpt tidur nabi masa org nk bunuh nabi
- xboleh minta ampun utk org yg xberiman
- abu talib kena siksaan plg ringan iaitu neraka ditapak kaki sehingga menggelegak otaknya

Soalan : bila dewasa anak ikut ckp kawan lebih dr ckp mak ayah, mcm mana nak buat?
- pertamanya kita yg jd kawan dgn anak
- ibubapa gagal kalau xdpt rapat dgn anak
- jgn biar anak kosong sbb kesibukan kita
- tanda berjaya, anak akan ngadu mcm2 dgn kita
- tahu dan kenal dgn siapa mereka berkawan
- letakkan asas agama pd anak2

Soalan : Bukan semua manusia boleh berkorban, jika dah dpt nikmat di dunia. Bagaimana formula utk mengorbankan dunia utk kepentingan akhirat?
- sbb tu dlm islam, setiap tahun ada ibadat namanya korban
- kisah korban dua anak nabi adam, korban yg lbh baik akan dpt pengiktirafan dr Allah
- bersyukurlah dgn pemberian Allah

Soalan : Bagaimana kalau isteri berkorban utk kepentingan suami tp suami yg berjaya tinggalkan isteri?
- scr umum, buatlah kerana Allah
- Allah akan terima korban isteri itu jika kerana Allah
- kalau buat kerana suami, maka isteri akan kecewa dgn suami
- sll mengadu pd Allah

Soalan : Kemana lebih afdhal nak hantar daging korban?
- xperlu gaduh bab ibadah
- plg afdhal adalah yg plg ikhlas kpd Allah
- ikhlas xkan condemn org. Xperlu kerekkan pilihan org
- terpulang pd masing2 nk korban dimana
- xpayah bising kemana hendak di korban dan berapa bahagian

Soalan : Seorg yg ada harta tp ada kenal org miskin, boleh ke bg korban atas nama org susah tu?
- kalau nk bg, mulakan dgn ahli keluarga dulu
- kita dpt pahala sedekah (tp xperlu mention sedekah)

Soalan : Takbir raya korban
- selepas setiap kali solat fardhu bermula slps solat subuh hari arafah 9 zulhijjah
- bykkan amalan pd siang hari awal bulan zulhijjah dan jgn lupa puasa pd 9 zulhijjah (puasa akan diampunkan setahun yg lps dan akan dtg)
- jika buat korban, jgn hya bg duit tp duduk bersama melapah daging utk korbankan ego dlm diri
- dahulukan org lain lbh dr diri sendiri

Soalan : Setgh org boleh tukar kereta motor tp xboleh buat korban, mcm mana hukumnya?
- kembali pd ikhlas dlm diri masing2
- sapa yg dpt daging korban, doakan org yg bagi daging tu

Soalan : Manusia yg jd korban kepada penghambaan kpd dunia dan harta. Mcm mana tu?
- anak isteri terkorban
- tgk surah attakasur (manusia nak byk sehinggalah mereka ziarah kubur atau mati terus utk menghilangkan kelalaian)

Nota tambahan : Seusai saya forward di beberapa grup wassap, ada seorg akhi yg prihatin memberi teguran atas apa yg saya salin dr ustaz syed. Tegurannya seperti yg berikut :

Bukan nak mengajor... Nak kongsi..

"ibrahim
- disebalik lelaki yg hebat adalah seorg wanita yg hebat
- slps puluhan kawin dgn sarah xdpt anak, ibrahim kawin dgn hajar dan dpt ismail, slps tu sarah dpt ishak...."

Pd adabnya kita aSWJ, kita tak panggil para Nabi عليه السلام hanya dgn panggilan nama shj, kerna ada larangan ALLAH ...

“Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).....” (An Nuur;63)

Ianya juga berlaku ke atas para sahabat r.anhum dan. Para 'alim ulama' .. Kini ada yg tak beradab dgn pewaris nabi ini sptmana cth yg saya sendiri pernah hadapi, seorang hamba ALLAH ini menyebut "pi'e" shj (merujuk Imam Asy Syafi'e rah).

2. "- sahabat bernama zaid ibnu dusunnah diseksa oleh abu sufian (blm islam ketika tu). Zaid ditanya 'nak tak kalau muhammad yg diseksa menggantikan kamu' dan dia jawab 'dia xnak muhammad terkena duri sekalipun'"

- mohon rujuk semula sirah, setahu saya bukan Zaid r.a tetapi namanya ialah Khubaib bin Adiy r.a.
3. "Soalan : Abu talib sgt sygkan Rasulullah tapi mati tidak beriman. Adakah sygnya itu akan selamat di akhirat?
- abu talib sanggup duduk tpt tidur nabi masa org nk bunuh nabi.."

Semak sirah, bukan Abu tholib yg menggantikan Nabi صلى الله عليه و سلم di tempat tidur baginda tetapi anaknya Abu tholib, sepupu Nabi صلى الله عليه و سلم iaitu 'Ali bin Abu Tholib krwj.
4. "Soalan : Kemana lebih afdhal nak hantar daging korban? " ..

Urutan keutamaan : - Ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dll (yg lebih memerlukan lebih utama - miskin, ahli keluarga yg miskin lebih utama dari ahli keluarga lain dan seterusnya)

**** saya tlh mengubah nama panggilan Nabi, mohon maaf atas khilaf saya. Cuma bagi hal lain yg telah diberi teguran, dapatlah sahabat2 mencari rujukan yang lebih baik dari apa yang saya tulis memandangkan saya sekadar mengambik nota dari ustaz yang bercakap.

Buat akhi yg menegur, terima kasih banyak. Tanpa teguran sebegini, saya sendiri barangkali tidak menyedari kesilapan saya :)

Wednesday, October 02, 2013

Tahajud Cinta : Nota Tanyalah Ustazah

Oleh Ustazah Nourul Iman

Panduan solat tahajud oleh Nabi
- puasa utama slps puasa ramadhan adlh puasa bln muharam dan solat utama slps solat fardhu adalah solat malam
- rasulullah bangun solat tahajud sehingga bengkak kakinya kerana hendak menjadi hamba yg bersyukur

Soalan : Mengapakah solat tahajud dianggap sbg lambang cinta kepada Allah?
- keikhlasan bukan senang dipupuk
- meninggalkan kenikmatan tidur utk menghadap Allah
- akan timbul suasana yg lazat utk bercinta dgn Allah
- menganggap cinta kpd Allah sbg kerehatan yg tiada ganti.

Soalan : Apakah hikmah dan faedah tahajud?
- byk mlm disebut spt lailatul qadar, kitab diturunkan pada waktu malam, nabi ibrahim temui hakikah ketuhanan pada waktu malam
- saidina umar singkirkan tentera yg tidak bangun tahajud barulah menang tentera islam
- mudah dpt kekhusyukan

Soalan : Bolehkah buat tahajud dalam keadaan kita tidak buat yang wajib?
- byk pendapat
- 1. boleh buat seiring sunat dan wajib (qadha)
- 2. kena ganti yg wajib dulu

SOALAN : kelebihan dan ganjaran dr segi rohani dan jasmani kpd org yg bertahajud
- sumber ketenangan jiwa
- kenikmatan yg tersembunyi
- qurratu a'yun -- keturunan yg mengerjakan solat
- lebih dkt dgn Allah jd kurang rasa nak buat kemaksiatan
- mendapat pujian dr Allah. -- berbeza org yg tahajud dgn yg tidak tahajud
- tiket utk masuk syurga. Hadis rasulullah suruh sebarkan salam, bagi makanan, sambung silaturrahim dan solat malam

Soalan : Berikan tips utk mudah bangun solat tahajud?
- betulkan niat, ikhlaskan hati
- wudhu sblm tidur
- baca doa
- tidur awal
- set minda
- baca zikir fatimah sblm tidur
- baca ayat kursi utk elak syaitan
- jgn makan terlalu banyak
- tidur dgn mengiring ke kanan dan mengadap kiblat

Soalan : Berikan doa supaya rajin bangun tahajud
- mujahadah dulu
- robbana hablana min azwajina
- robbana la tuzi
- allahumma a'inni a'uzubika **
- pastikan kita hanya makan makanan yg halal

Kembara Iman : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh : Ustaz Asrulnizam Abas

Kisah Nabi Musa dan Khidir
- Allah suruh Nabi Musa berguru dgn Khidir
- nak keluar musafir mesti ada matlamat
- musafir adalah xtvt yg penting sbb setiap hari kita keluar dr rumah

Soalan : Perjalanan yang bagaimana dikatakan musafir?
- dlm ihya ulumuddin, kena tgk matlamat (spt menuntut ilmu, melaksanakan ibadah spt haji, memelihara agama spt hijrah nabi, bersilaturrahim)

Soalan : Dengan kemudahan sistem jalanraya yang ada zaman ini, layakke solat jamak?
- solat jamak qasar adalah satu hadiah kepada kita
- tetap ada keringanan sbb Allah tahu teknologi masakini semasa turunkan syariat tu

Soalan : Adakah pergi bekerja setiap hari itu adalah musafir?
- bila tgk matlamat maka dikira sbg musafir, tapi tgk jaraknya pula, kalau dekat tidak musafir

Soalan : Apakah etika ketika musafir?
- jgn melencong dari misi sebenar bermusafir
- jgn menyusahkan orang lain
- jgn membahayakan orang lain
- jgn ambil kesempatan pada org lain
- kekal ikut suruhan Allah

Soalan : Yang mana lebih baik, menginap di rumah saudara mara atau hotel?
- jika ada agenda yg tersusun, maka duduklah di tpt yg lebih dekat utk laksanakan agenda
- jika nak menginap di rumah saudara mara kena beritahu awal, jgn menyusahkan tuan rumah

Soalan : Amalan semasa musafir?
- amalkan bersedekah utk tibdakan bayar semula apa yg kita guna di satu tpt spt masjid
- jgn membazir spt guna air berlebihan
- solat musafir
- belajar ilmu survivor, tgk budaya org
- belajar dr sejarah sesuatu tempat tu

Soalan : Bagaimana mempertingkatkan stamina semasa musafir?
- stamina mesti dilatih dr sebelum bertolak lagi
- jaga makan, jgn makan sampai kenyang, pastikan sarapan, ambil buah sbb buah xcepat mengantuk bila dimakan
- minum air secukupnya
- bawa rekod perubatan
- jika sakit bawa ubat

Soalan : Perkara sunat semasa musafir?
- doa musafir subhanallazi sakhkharalana haza wama kunnalahu...
- sunat minta org yg bermusafir doakan kita sptmana rasulullah minta abu bakar doakan rasulullah
- berhibur utk elak stress
- ucap selamat tinggal
- bawa balik hadiah kpd ahli keluarga

Soalan : Apa perlu dilakukan jika ditimpa kemalangan ketika bermusafir?
- jika melibatkan diri kita, org lain kena ambil tindakan
- sms nk bermusafir, maklumkan kepada ahli keluarga kemana kita nak pergi dan maklumkan tuan rumah yang kita nak ziarahi

Soalan : Bilakah waktu yang sesuai untuk bermusafir?
- Rasulullah sll bermula hari khamis
- rasulullah byk musafir pd waktu mlm sbb suana sejuk dan selesa
- zaman kini bergantung kepada kerja yang hendak kita buat
- musafirlah waktu kita sihat dan berkelapangan

Soalan : Apakah persediaan keselamatan yang perlu disiapkan?
- bawa first aid kit, pepper spray, perenjat elektrik
- cek kondisi kenderaan sblm memulakan perjalanan spt enjin, air bateri, angin tayar

Soalan : Kenderaan apakah yang terbaik untuk musafir?
- kenderaan sendiri -- kita tau spec dan kemampuan kereta kita tu
- pilih kenderaan plg pantas utk sampai
- pilih kenderaan yg plg jimat

Soalan : Apakah keperluan yang perlu dibawa untuk musafir?
- ic, lesen, pasport
- kompas, gps, peta
- lampu suluh, jumper, tali pinggang
- alat komunikasi, pen , buku log

Soalan : Bermusafir ni ada sistem ke?
- sgt digalakkan berjemaah
- pilih ketua dlm perjalanan
- mesti bgtau lokasi sebenar
- anggarkan dulu berapa jam masa bertolak utk sampai on time
- check in status

Soalan : Apakah perancangan sms musafir?
- fizikal
- equipment
- rule / peraturan
- safety
- emergency
- time

Soalan : Bagaimanakah cara yang terbaik untuk bermusafir dengan tujuan bersilaturrahim?
- perlu tahu waktu yg sesuai untuk tuan rumah
- buat appoinment
- bgtau berapa org nk dtg
- jgn sampai pd waktu yg mengganggu privacy spt sblm subuh, zohor
- rasulullah sll ziarah pd waktu petang