Monday, October 03, 2011

Pengalaman Bermalam Di Wad Bersalin Hospital Tengku Anis

Bismillah,

Saya pernah menulis sebelum ini tentang kewajipan solat jika belum melahirkan. Kali ini saya masih tidak punya kekuatan untuk menegur beberapa ibu mengandung malah penjaga (orang yang meneman) yang tumpang panik sehingga tidak solat. Sehingga saya berusaha untuk tidur dan tidak memikirkan  sangat tentang mereka.

Seorang dari patient yang sedang sakit pinggang mahu bersalin asyik berjalan kehulu kehilir sambil memegang pinggangnya. Saya tak ada idea bagaimana boleh membantu dia menghilangkan kesakitan itu sementelah dia pula pertama kali hendak bersalin ~ anak sulung. Saya ingin sekali cerita kepada adik itu yang saya selalu rasa lega dalam posisi sujud jadi satu cara menghilangkan kesakitan itu adalah dengan sujud.

Setelah beberapa kali dia bertanya saya apa yang harus dia buat, saya mencadangkan dia untuk beritahu jururawat. Setelah jalan diperiksa, ternyata dilation yang dia alami hanya 1 cm sedangkan semasa dia admit ke wad itu bukaannya telah mencapai 2 cm. Selepas diperiksa, dia ke tandas dan katanya darah banyak sekali keluar sehingga kami2 yang ada di situ berpendapat dia hamil dengan ketuban darah yang bunyi katanya sangat sakit.

Kali kedua dia ke tandas, tiba2 dia pitam. Mujurlah dia pitam masa dia duduk di atas kerusi. Suaminya yang menunggu di luar terus mengetuk2 pintu dari luar. Paniklah keadaan masa tu. Saya tumpang panik sama sebab saya pun ada bgtau dia barangkali darah tu keluar sebab proses periksa jalan tu. Disebabkan 'nasihat' saya tu, dia tak pergi beritahu misi yang darah keluar dengan banyak.

Rupanya, dia bukan ketuban darah pun tapi adalah seorang yang 'mabuk darah'. Selepas ditenangkan oleh jururawat, dia pun kembali berjalan kehulu hilir katil saya dan selepas tengah malam, sakitnya tak tertanggung lagi dan bila dia pergi periksa semula bukaannya telah mencapai 9 cm. Kiranya tak sempatdah nak panggil suaminya untuk menyaksikan kelahiran pertama.

Memang panik rupanya kerja di wad bersalin ni. Tambah pula kebetulan malam tu ada 2 lagi yang sedang sakit. Saya tak boleh bayangkan kalau 4-5 orang sedang hendak bersalin serentak di situ. Syukurlah selalunya timing saya mesti saya sorang saje.

Bab Menyusu
Kebanyakan adik2 yang melahirkan hari itu menyambut anak pertama. Jadi mereka tidak pandai menyusu. Walaupun saya tak ambil kursus breastfeeding tapi saya pun amik peranan juga mengajar sikit2. Apa yang sedihnya, mereka ada bawa susu formula dalam locker mereka. Bermaksud, mereka tidak datang situ dengan keyakinan boleh menyusu.

Saya cuba fahamkan mereka yang susu tidak datang begitu sahaja. Mereka perlu selalu menyusukan supaya ransangan dari hissapan itu akan menghasilkan susu. Saya cuba menunjukkan beza antara anak saya yang menyusu dengan susu formula dan susu ibu supaya mereka lebih faham dan lebih berusaha untuk menyusukan bayi mereka. Saya gunakan ilmu saya yang cetek untuk membantu tetapi selebihnya saya serahkan kepada mereka.

Perihal menjaga aurat
Uniform patient dgn lengan tiga suku itu mungkin ada alasan medikasi sebaliknya kenapa ia mesti tiga suku. Jadi, saya bawa stokin tangan untuk cover cuma bila kita masuk air, pastilah susah dan akibatnya saya balut tangan saya dgn tuala sehingga air itu habis. Itu hal uniform, masih boleh diusahakan oleh kita.

Disebabkan saya dimasukkan ke wad bersama dengan mereka yang beranak sulung maka suami mereka pun duduk di koridor dengan tangan tergantung ke dalam tingkap huhuhu... Suasana tu menyebabkan saya tidur dalam keadaan tidak selesa bimbang terlebih selak kain, kepanasan bertudung litup dan malu untuk menyusu juga sbb diorang ni dok perati je. OK, saya faham kalau nk selesa baik ke swasta tapi andai saja para suami itu faham, sekurang-kurangnya bolehlah kita tidur selesa sikit sekalipun memakai tudung.

Selebihnya, saya memang sangat sukakan Hospital Tengku Anis ni khususnya Wad Bersalin. Kebetulan semasa mahu melangkah pulang, kami bertembung dengan seorang sister dan dia tersenyum dan nampak sangat ikhlasnya. Suami saya kata, "Mana nak jumpa hospital lain macam hospital ni. Rasanya kalau ada misi baru masuk pun dia automatik jadi macam sister tu...baik tu mcm budaya diorang dah".

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jururawat di situ. ALLAH akan membalasnya dengan kebaikan dunia dan akhirat. Amin...

4 comments:

  1. lepas saya bersalin, sy mintak suami temankan sy lama2 dekat wad. tp dia taknak. dia cakap, "kesian kat org lain nak kena jaga aurat kalau saya duduk sini lama2"..Alhamdulillah dpt suami yg memahami (padahal sy x terfikir pun benda tu sbnrnya) :)

    ReplyDelete
  2. aah kan, sy tak terfikir pulak bab suami yg menemankan isteri tu agak mengganggu aurat pesakit lain. nasib baik maso beranok sini dulu, dpt bilik sorg2, lega sikit bab2 aurat ni

    ReplyDelete
  3. kakyong masa bersalinkan fikri dulu, kejap2 tarik langsir.. di wad bersalin hospital ipoh, tiap katil ada langsir sendiri.. so bila nak tidur baring (riso kot terselak kain) @ menyusu fikri.. tarik jer langsir.. tp kan nurse2 situ marah pulak bila kita tarik langsir (kira mcm berkhemah lah pulak).. sure depa akan suruh buka balik... uhhuukkk...


    apa2 pun di mana2 hospital kerajaan, masalah di wad bersalin ni, apa yg pija sebut tu semua normal.. biasa terjadi.. & ramai juga yg tak amik pusing hal solat & aurat ni..

    ReplyDelete
  4. salam kak siti
    solat adalah ubat mujarab kan kak

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!