Sunday, January 31, 2010

Tabiat Menghantukkan Kepala Pada Kanak-Kanak


Bismillah,

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat bertanyakan saya tentang anaknya yang suka menghantuk-hantukkan kepala. Saya jadi teringat ketika saya mengunjungi rumah seorang kawan saya semasa saya di ting 5 (1997), adiknya ketika itu dengan selamba menghantuk2kan kepala di pintu gril sehingga menghasilkan bunyi yang ngeri. Udahla aksi itu cukup ngeri, bunyinya juga sangat menakutkan.

Saya waktu tu buat2 heroin nak gi tolong tapi katanya member saya, "Dia memang mcm tu." Huhu...kesian. Tapi bukan satu dua kes begini. Kebanyakan kejadian menghantukkan kepala ni terjadi kepada budak lelaki berbanding budak perempuan. OK, sy perhatikan pula anak2 saya. Teori itu ada sedikit betul.

Usamah memang suka hantukkan kepala tapi beza dengan adik kawan saya, dia terlentang ke belakang tapi budak ni hantuk dahi ke dinding atau lantai. Tapi tabiat tu dah lama dah tinggal. Uwaiys pun ada masa2 dia hayun2 juga kepala dia tapi dia takde sesi terlentang mcm Usamah. Kalau Usamah dulu, tak sempat nak elak kalu alamatnya terlentang mcm tu je la hero Umi.

Sebenarnya perkara ni adalah biasa pada kanak2. Terutama pada usia 18 bulan ke atas. Kadang2 ia berlaku beberapa bulan tapi kadang2 ia terjadi bertahun2. Kemungkinan kenapa kejadian ini berlaku adalah :
  • Untuk menenangkan perasaan - dia akan buat begini kalau dia ngantuk atau bila terjaga dari lena.
  • Untuk mengurangkan kesakitan - selalu terjadi pada budak yang tumbuh gigi atau sakit telinga.
  • Kecewa - sebab dia frust kan sesuatu, dia tak pandai bercakap lagi jadi menghayunkan kepala adalah cara dia menyampaikan kekecewaan.
  • Dia perlukan perhatian - tambahan pula jika dia tengok taktik dia menghayunkan kepala itu menjadi untuk menarik perhatian dia, lagilah dia buat.
  • Masalah perkembangan anak - kemungkinan ini adalah tanda autisme atau masalah lain. Tapi janganlah bimbang, ini hanya kemungkinan.
So, apa yang patut kita buat ya?
  • Perhatian!! tapi bukan semasa dia sedang menghayunkan kepalanya. Cuba bagi perhatian supaya dia dapat perhatian yang positif. Jika dia terlanjur menghayunkan lagi kepalanya, jangan marah sebab dia masih kecil untuk memahami.
  • Lindungi dia dari cedera - kalau dia sll hantukkan kepala ke baby cot ke, kena balut dindingnya dengan sesuatu. Plus, make sure tak ada yang longgar akibat ayunan dia yang kerap.
  • Jangan terlalu bimbang - ok, mungkin kadang2 akan terjadi luka di kepala tapi jangan bimbang sangat. Dia buat begini untuk melegakan perasaan bukan menyakitkan dirinya. Kalau dah sakit, dia sendiri akan berhenti.
  • Jadikan dodoi sebelum tidur sebagai rutin - bagi mandi air suam (ahaha...time baby boleh la ek..saya kalau dah besar2 ni hantam saja!), lepas tu nyanyilah selawat atau zikir2 atau mengaji alQuran sambil tepuk2 dia sampai lena.
  • Bawa jumpa doktor - kalau apa yang dia buat tu kita tengok sampai menyakitkan dia, takkan still nak biar lagi.
Semoga anak2 kita dijauhkan dari yang tidak2...amin

Saturday, January 30, 2010

Kerja Dari Rumah


Bismillah,

Saya terima satu email yang saya langgan dari MyPermataHati.com. Saya memang akan jadi pelanggan Hafezah setahun sekali. Apa barang yang saya beli?? Hihi...rahsia!! Sekali saya beli memang 10 pcs sekali. Selain itu, tiap kali beranak juga saya download list barang yang perlu disediakan di sana. Jadi, siapa kata saya tidak berbelanja melalui online??




Sedutan di atas adalah antara banyak2 yang boleh kita buat rujukan bila taip di Youtube dan cari keyword Kerja Dari Rumah. Cuma banyak le yang kita kene tapis sebab skim saham cepat kaya memang berlonggok2 lah ada. Saya pulak memang tak minat untuk melabur pada benda yang tak ada produk.

Jika anda mahu video yang lebih best lagi, bolehlah kalau search tentang Irfan Khairi dalam sesi2 temuramah yang pasti banyak yang boleh dikutip dari apa yang mereka bincangkan. Saya minat juga dengar Youtube ni sbb saya boleh belek blog dalam masa yang sama. So, konon2 terror aa boleh membaca sambil mendengar. Sebenarnya dah komputer pun sangkut2 maka sempatlah nak sambil2 membaca.

Saya pun dah mula bekerja dari rumah. Malah sangat enjoy dengan keadaan ini iaitu keadaan perang dengan anak2. Ahahaha.... at least mereka perang dengan saya, tidaklah mereka diperangi oleh orang lain. Itupun saya hantar Asmaa', Usamah & Uwaiys ke sekolah. Maka Arwa yang kebosanan akan tido sampai abang kakak dia balik.



Friday, January 29, 2010

Membanyakkan Air Susu Ibu


Bismillah,

Saat saya membuat draf entry ini saya masih belum melahirkan anak ke 5 saya. Tetapi saya senang sekali melakukan satu demi satu bacaan tentang penyusuan susu ibu memandangkan ini adalah salah satu keazaman yang telah saya pasang selepas puas melihat Arwa disusukan dahulu. Malah kali ini saya mahu melakukannya lebih mantap lagi insya ALLAH.

Maaflah jika barangkali, kalian akan berasa jemu dengan entry penyusuan susu ibu saya selepas ini. Petua2 di dalam fail ini akan saya jadikan rujukan untuk menambahkan susu badan. Kredit buat umi irfan untuk fail ini.

Saya Kini Di Jerteh

Bismillah,

Sebenarnya sudah dua malam saya bermalam di sini. Saya tidak menulis (ada tapi scehduled) kerana saya kan mmg control depan ibu mertuaku. Sepanjang berada di sini alhamdulillah jualan CD saya telah saya paskan kepada seorang sahabat saya yang memahami (kepada sahabat itu sila sengih sehingga nampak gusi anda). Agak mustahil juga untuk menyelesaikan hal itu sedangkan saya baru bermula.

Jika diizinkan ALLAH, saya ingin menambah stok dan saya akan cuba bawa stok itu bersama ke Jerteh bagi melicinkan lagi proses penghantaran barang. Bukanlah tidak mau berpantang tapi insya ALLAH suami saya akan uruskan segala tempahan itu. Seronok kan ada suami yang comel dan baik hati?? (Sila muntah darah....wakakakakaka)

Apa yang saya dah buat di sini ya? Semalam Khamis, ada pasar pagi di Jerteh. Saya pergi ke sana dengan jubah tidur yang kedut berjuta, kemudian pakai pulak tudung mak mertua saya sebab dia je yang dah gosok tudung dalam rumah ni (bayangkanlah teruknya saya...dan baiknya mertua saya...ahahahaha).

Samapi di pasar Jerteh, air liur saya meleleh bila nampak perkataan 'TELUR SOTONG' belakang sebuah motor. Adeih...dekat 3 tahun cari orang jual telur sotong dan sepeket sotong ni adelah RM 5. Huhu...mahal2 pun beli gak aaa sbb teringin amat!! Selain tu, saya tunjuk merata2 pada suami saya sambil berkata, "Abg, yang tu sedap, yang ni dah lama tak makan, yang sana menawan hati, yang sini menarik sekali..."

Lalu suami saya tepuk kepala sambil meramalkan berat saya berkemungkinan naik banyak di sini. Sungguh saya suka balik ke Pantai Timur ini kerana makanannya yang pelbagai itu. Suami saya membelikan nasi dagang untuk dirinya sendiri. Pagi Khamis itu, dia terpaksa pulang sekejap ke P.Buntar untuk menguruskan anak2 ayamnya yang ada orang tempah pada Ahad ini.

Semasa dia makan nasi dagang dalam kereta tu, saya rasa tak tak tahan untuk minta sikit. Dapatlah 3 suap dari tangan suami :P tapi kami sorok2 takut orang kata isteri kepada suami saya tangan kudung tak boleh makan sendiri...hehe... Mmm..baru je sampai Jerteh dia dah nak balik sana semula.

Hari ini Jumaat, semalam seorang lagi adik ipar saya pulang. Hari ini insya ALLAH akan balik sekeluarga lagi. Maka dapatlah bersua mata. Ada dua orang yang sedang mengandung. Bertambah2 le cucu tokku. Cucu kepada emak abah saya pulak akan naik jadi 5 orang!!! Itu pun dah terasa ramai...hehehe...

Balik ke sini membuatkan saya rasa rindu pada mak dan abah. Rindu abah?? Hihi...tak gaduh dengan dia kejap sangat2 membuatkan saya rindu. Sebenarnya saya sangat risaukan keadaan BP nya. Kata mak, dia makan secukup rasa dia...rasa nak makan, dia makan dan itu menyebabkan saya risau.

Kami suami isteri turut rasa susah hati bila ayam2 yang di kampung terpaksa minta dia tolong jaga. Ayam2 di kedai nanti sahabat kepada suami saya akan tolong jagakan. Saya rasa cantik sangat dunia ni bila ada sikap tolong menolong. Time kita susah, mereka tolong, time mereka susah jangan la buat2 lupa nak tolong pulak kan.

Saya berkemungkinan besar akan melahirkan anak ke 5 saya di sini lagi. Jujurnya, jika ditanya saya mau berpantang di rumah saya sendiri. Saya mahu membuktikan dalam keadaan 5 anak ini, saya bersedia untuk menyelesaikan segalanya dengan usaha dan tenaga saya sendiri. Saya tidak mahu keluarga saya bimbang dengan huru hara anak2 saya itu.

Sebenarnya 'huru hara' yang saya maksudkan adalah proses biasa bagi kanak2 dan saya telah cuba sedaya upaya untuk memahaminya. Mungkin level sabar saya sahaja perlu dikawal dan alhamdulillah, bila tgk suami saya cool melayan anak2 saya rasa malu sendiri bila saya pulak mcm Tarzan menjerit sana sini.

Owh ya...saya mahu bertanya, siapakah yang menempah CD tetapi tidak memaklumkan kepada saya apakah pakej yang dia nak ambil? Jumlah pembayaran adalah RM 50. Huhu...susah hati ai tau pegang duit orang tapi ai tatau sape :P So, tolong ek...sila maklumkan saya siapakah anda itu??

OK kawan2...doakanlah saya. Sedang rasa ngeri untuk melahirkan. Setiap malam bila terjaga saya akan jadi berdebar2 memandangkan semua anak2 saya dilahirkan pada waktu malam kecuali Usamah. Zaman Usamah itu pun sebenarnya saya berada di hospital sebelum matahari keluar lagi!!

Huhu.......................takuttttttttttttttttttttttttt...(ini akan membuatkan orang yang beranak sulung makin takut ek...anak ke 5 pun takut tak hengat lagi!!)

*tiada gambar kerana koleksi gambar saya ada di Parit Buntar :)

Thursday, January 28, 2010

Pentingnya Pemeriksaan Darah Ketika Hamil


Bismillah,

Sekarang telah tiba masa seminggu sekali saya cek perut saya. Tadi saya pergi cek dan dia tidak cek lagi saya punya Hb sbb last week dah cek. Last week pun hanya 10.2 dan ia masih merah menyala walaupun ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 sahaja. Okeh, bila ditanya, sama ada saya makan ubat atau tak, bagi menyelamatkan telinga saya dari menjadi mangsa leter, maka saya kata "Makan!" sedangkan saya makan sesuatu yang tradisional.

Ye...saya tidak makan ubat merah yang menyebabkan saya asyik tak selesa perut. Saya letih dengan rasa loya di usia kandungan mencecah 9 bulan ini. Mulanya saya tak sedar juga Hb saya naik tapi lepas makan daun betik itu, dengan izin ALLAH ternyata ada peningkatan. Malah daun betik juga adalah sangat baik untuk orang yang ada darah tinggi macam abah saya.

Tapi pahitnya, tolonglah...saya pun taktau macam mana saya boleh tahan dengan kepahitan itu. Saya tak makan tiap hari tapi saya makan seminggu sekali sahaja. Habis sekampung saya tanya, "Rumah kamu adakah daun betik??" hihi...Ada seorang warga Indonesia beritahu gunakan daun sekian2 untuk kurangkan kepahitan tapi maaflah saya tidak ingat nama daun itu tapi saya cam betul daunnya.

Pernah JM berbangsa India yang selalu periksa perut saya bertanya (owh...dia memang suka bagi kuiz dan saya selalu study seblom ke klinik mcm nk amik xm), "Kakak tahukah apa risikonya jika Hb low pada diri kakak dan pada kandungan kakak?". Saya terasa seperti berada di dalam ujian lisan setiap kali dia periksa saya. Tidak ada kesempatan untuk berlawak dengan dia.

Saya mengangguk dengan harapan soalan itu mati disitu, tapi anggukan saya bukan angguk kosong. Risikonya adalah :
  • Kemungkinan keguguran
  • Kemungkinan tumpah darah
  • Darah yang membawa makanan dan oksigen yang kurang menyebabkan bayi tidak mendapat makanan dan oksigen yang cukup
  • Hasilnya, baby akan kurang bijak (dia sebut perkataan ini dan saya tidak suka!!)
Bila kita bercakap dengan nonMuslim saya berasa ada sesuatu yang kurang di sana. Kerana tiada keimanan, maka dia bercakap seolah bukan ALLAH yang menentukan. Semua yang berlaku dalam hidup kita adalah kemungkinan yang diizinkan ALLAH. Boleh jadi anak dengan ibu yang ber Hb tinggi pandai tetapi ada bukan anak dengan ibu ber Hb rendah juga mempunyai anak yang pandai??

Gaya dia bercakap seolah2 anak2 saya semuanya akan menjadi anak yang lembab benar2lah membuatkan saya rasa terhina. Cuma saya tidak berkata apa2 untuk membalasnya. Saya sekadar berdoa anak2 saya dilindungi dari kata2 itu dan semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayahnya kepada JM itu. Saya faham dia buat kerja dia tapi jika seorang Muslim, jika ia disulami dengan perkataan Insya ALLAH dan Nauzubillah, ia akan menjadikan kita adalah manusia yang berTuhan.

Okehs, berbalik kepada tajuk, apa pentingnya jika kita menjalani pemeriksaan semasa hamil? Saya baru berkenalan dengan seorang yang asalnya dari Kelantan di klinik itu. Semasa di situ, dia minta no telefon saya lalu kami bertukar2 no telefon. Petangnya dia menelefon saya kerana dia juga diarahkan untuk mengambil darah dan menghantar sampel najis seperti saya sebelum ini.

Mungkin sbb kawasan kami ini doktornya terlalu prihatin, atau mungkin kes low Hb ini terlampau sedikit maka pelbagai ujian telah ditetapkan untuk orang ber Hb rendah. Saya sudah biasa dengan ini jadi aritu saya tidak panik mana. Tapi nampaknya kenalan baru saya itu berasa sesuatu yang tak best kene ujian2 itu.

Sebenarnya tujuan ujian darah ini diadakan adalah :
  • Mengesan penyakit tersembunyi
  • Mengesan pembawa penyakit
  • Mengetahui jenis darah
  • Mengesan masalah melibatkan sel darah sebagai contoh Thalasemi dan leukimia
  • Mengesan antigen dan antibodi ibu
Saya cumakan katakan kepadanya, ujian adalah sekadar ujian. Apa jua keputusannya bukan kita tidak boleh mempercayai. Jika benar ada penyakit maka anggaplah itu ujian dari ALLAH dan berdoalah agar penyakit itu pergi dan tidak kembali. Jika ada rawatan untuk penyakit itu maka rawatilah ia.

Saya sendiri di kad merah saya ada tertulis 'mild anemia' tetapi sungguh itu tidak masuk dalam kepala saya. Saya tidak mau susah2 fikir yang saya berpenyakit tetapi tidaklah sehingga saya tidak bertindak langsung untuk merawat keadaan ini. Kurang Hb bukanlah penamat hidup...ahahaha...ini dah macam karangan nak menaikkan semangat orang yang kurang Hb :P.

Berilah peluang kepada kakitangan klinik untuk menjalankan pemeriksaan. Setiap yang mereka lakukan itu ada alasan saintifiknya. Semoga ibu2 mengandung di sana juga dimudahkan perjalanan kehamilan anda. Chaiyyok ebribodi!!

Yang Benar,
Makcik yang takut nak bersalin....waaaaaaa.......

Wednesday, January 27, 2010

Pembantu Rumah : Hilangkah Tanggungjawab?

Bismillah,

be yourself

Saya kopipes dulu ya diskasi sihat dari kawan2 FB saya :)

Norhafizah Madzlan Adakah mengambil maid menjadi satu langkah untuk tidak menjadi ibubapa yang bertanggungjawab??

13 jam yang lalu · ·
Azniza Muhamad Radzi
Azniza Muhamad Radzi
tak setuju...
13 jam yang lalu ·
Suhaiza Sa'at
Suhaiza Sa'at
ada maid, takde privacy...
13 jam yang lalu ·
Shikin Johan
Shikin Johan
maid utk bantu buat kerja2 rumah je.. so parents boleh tumpu perhatian pada anak2.. ( kalo ikut konsep betul la.. )
13 jam yang lalu ·
Norhafizah Madzlan
Norhafizah Madzlan
Takde privacy : Bagaimana jika ada maid, at least kerja2 yang remeh yang tak perlu air tangan ibu ada orang lain buat... lalu seorang isteri ada masa untuk suaminya, ayah ada masa untuk anaknya... atau bagaimana??
13 jam yang lalu ·
Faziatun Nisa'
Faziatun Nisa'
Setuju ngan Suhaiza .. ada maid takde privacy.. sbb saya membesar bersama adik2, mak tak pakai maid pun..hehe
13 jam yang lalu ·
Norhafizah Madzlan
Norhafizah Madzlan
:) persoalannya bukan hilang privacy, adekah hilang tanggungjawab??
13 jam yang lalu ·
Azniza Muhamad Radzi
Azniza Muhamad Radzi
aku tak tau macamana nak komen pija...as for me right now, i really need a maid..sbb anak aku yg sulong takmo pi umah pengasuh..alternatifnya, mak n ayah aku tolong jagakan..tapi kesianla kan, depa dah tua n tak larat...so i really need a maid sebagai membantu meringankan kerja mak ayah aku..

in terms of privacy, ya betul kurang privacy nak bermesra suami isteri depan tv..tapi nak main ngan anak2 tak kesah kan..nak mesra suami isteri dalam bilik la..nak wat camna lagi..

kalau ada maid, kurang2 nak masak maid leh tolong kupas bawang ke siang sayur ke..tapi kita la yang masak..lepas makan, maid leh basuhkan pinggan..kita leh rileks2 lepak dengan encik ayah dan anak2...

bukanlah dengan ada maid tu kita nak serahkan segala2 kerja rumah kat dia..namanya pun pembantu rumah..maksudnya, peranan utama menjaga rumah tetap kita yang pegang, dan maid sebagai pemBANTU..

tu bagi aku la...:)
13 jam yang lalu ·
Suhaiza Sa'at
Suhaiza Sa'at
better cari pembantu yg dtg kejap2. mcm tlg kerja2 berat - mop, buang abuk, cuci longkang, bilik air etc. ikutlah, nk sehari sekali panggil atau seminggu sekali.

just my 2 cents.
13 jam yang lalu ·
Azniza Muhamad Radzi
Azniza Muhamad Radzi
setuju juga dengan idea suhaiza..sbb as for you, pija..hang keja flexible..kedai bawah, umah ataih..then hang tokei...kalau pembantu datang sekejap2 pun ok..
13 jam yang lalu ·
Santibuana Binti Abd Rahman
Santibuana Binti Abd Rahman
Saya pun setuju gak kalau ambil pembantu yang sekejap2 bagi mereka yang memerlukan...staff di tempat kerja saya pun banyak yang amalkan, at least untuk ringankan kerja2 rumah bagi mereka yang mempunyai anak yg ramai dan bekerja.
13 jam yang lalu ·
Norhafizah Madzlan
Norhafizah Madzlan
ija, adekah sesuai aku tinggalkan anak aku yang baby pada anak2 aku yang umur 2-6 tahun itu?? hihi...ini adelah satu persoalan yang susah nak jawab...staff aku kat bawah aku dah kurangkan dari 3 kepada 2 orang aje... buat masa ni mmg aku amik part timer tapi ade kot 2 bulan sekali...time laki aku balik kampung je, aku panggil dia...
13 jam yang lalu ·
Suhaiza Sa'at
Suhaiza Sa'at
kalau mcm tu kak pija, kena balik semula kepada nawaitu kita. niat asal sebenarnya nk soh jaga bb dan anak2 lain sepanjang waktu akak kerja ke?
12 jam yang lalu ·
Azniza Muhamad Radzi
Azniza Muhamad Radzi
sesuai atau tidak, itu hang je leh jawab..sebab, hang yang kenai anak2 hang...:)
12 jam yang lalu ·
Norhafizah Madzlan
Norhafizah Madzlan
Akak turun time ada customer, dan customer tak tentu bila datang..selama ni akak turun aje sbb anak2 sedia ada dah besar...kadang2 aje bawak arwa ke bawah sbb kalau dia sorang dia tak kacau customer...

Tapi bila dah ada baby, let say baby sedang tido di atas, tiba2 ada customer dan anak lain ada sama...selamatke akak tinggal anak without anyone to monitor?? Kalau ikut history, diorang ni semua ada sejarah tido atas perut baby...hihihi
12 jam yang lalu ·
Suhaiza Sa'at
Suhaiza Sa'at
kalau mcm tu, sediakan 1 bilik kat bwh utk bilik anak2 ni. so that tak kacau masa akak nk turun naik (penat gak nk turun naik tu kan). Bb boh dlm bb cot, anak2 lain blh buat hal sendiri dlm bilik tu. Buat library anak2 ke. Time takde customer, blh tgk budak2. Akak ada guna ringing bell tak mcm kat kedai dobi tu? kalau takde org, tekan loceng kat kaunter.
12 jam yang lalu ·
Norhafizah Madzlan
Norhafizah Madzlan
hihi... kedai di bawah ni mmg sangat luas, ada la bilik yang muat2 sejadah aje dan kalau nak buat mini library pun memang boleh la suhaiza imejin sesuai ke tak...diorang tiap kali turun bawah sampai kadang2 customer tak dengar apa yang kami promote...plus, habuk edging spek adalah tidak sesuai untuk baby... kesian korang kene fikir lak untuk saye... sori2
12 jam yang lalu ·
Azniza Muhamad Radzi
Azniza Muhamad Radzi
rilek la pija..kita kan sesama kawan..tak leh nak tolong jaga anak, tolong fikir n bagi idea pun ok la kan...?

aku pernah pi satu kedai spek melayu ni kat alor setar..4 tahun sudah la...kedai tu hubby dia punya, dia bantu2..masa tu dia anak dua org, yang sulong dah besar pastu baby sorang..dia bawak baby turun kat kedai..ada bilik khas macam yang suhaiza cakap tu kalau tak silap..

err..kalau hang just bagi baby je yang duk kat bawah tak ok ke? kakak2 n abg2 dia biarle kat atas..
12 jam yang lalu ·
Suhaiza Sa'at
Suhaiza Sa'at
bilik tu sentiasa tertutuplah. bilik paling belakang ke. taklah kuat sgt bunyinya nnt. boh tv channel playhouse disney skali. cd Abu Ada Ayam pun interesting. buku2 bacaaan lain. biar kita dekat dgn dia. *sy selalu online kat sofa diruang tamu, anak2 main dpn mata*

Azniza, kalau bb kat bwh, nnt kak pija nk gi jenguk anak2 yg lain, kena dukung naik atas. pastu ada customer, nk dukung turun blk. tak praktikallah rasanya.
12 jam yang lalu ·
Norhafizah Madzlan
Norhafizah Madzlan
mcm aku cakap tadi, habuk edging potong spek lah yang membuatkan aku rasa sengkak sikit...seblom ni, masa arwa baby, aku tak potong spek each time dia ada... kalau customer nak urgent, kene lah angkat time dia tido..tak ke kesian kat budak.. yg 4 tu mmg biasa tinggal kat atas...nk meeting hal ni dgn suami aku skang ni dia teramatlah sibuk..mcm tak percaya je bila dia start bisnes, aku rasa mcm kehilangan dia... (padahal kedai dia duduk area sini juga) mcm seblom ni, at least dia ada masa untuk anak2...tapi skang aku kene lah faham sementara kedai dia boleh berdiri dan upah staff...bila dia tak gamak nk biar aku sorang, tu yang dia cadang amik maid...cuma bila aku baca pendapat2 orang, aku rasa mcm tak elok je amik maid
12 jam yang lalu ·
Norhafizah Madzlan
Norhafizah Madzlan
Suhaiza, actually, takde ruang di bawah. Ada dua bilik, bilik cek mata dan bilik edging sahaja....
12 jam yang lalu ·
Azniza Muhamad Radzi
Azniza Muhamad Radzi
ambil maid: banyak sangat pro n cons nya...:)
12 jam yang lalu ·
Inamaz Ron
Inamaz Ron
tak jugak....
11 jam yang lalu ·
Azniza Muhamad Radzi
Azniza Muhamad Radzi
inamaz: ada experience dgn maid k? leh share tak? :)
11 jam yang lalu ·
Ahmad Faiez
Ahmad Faiez
tanggungjawab tetap ada pada isteri n suami untuk menjamin kebahagian umah tangga.. tapi ambik maid itu satu cara untuk memudahkan lagi tanggungjawab anti n suami mengurus dan membahagiakan umah tangga..
10 jam yang lalu ·
Shaza Naguib Bin Shafie
Shaza Naguib Bin Shafie
setelah meneliti sgala hujah yg timbul..rasa nya x dek masalah kalo hang nak amik maid.just bare in mind ngan pengalaman2 pahit mrk yg pernah ber maid ni..supaya x berulang kat hang..
8 jam yang lalu ·
Nurhijjah Mat Zin
Nurhijjah Mat Zin
...anda bertanggungjawab mencarikan orang yang boleh berkongsi tanggungjawab menjaga anak2 anda walaupun itu bukan tanggungjawab mereka. anda masih menanggung akan tanggungjawab itu jika sebarang kekhilafan berlaku. . namun terkadang terasa bersalah jua bagi sesetengah ibu bapa...termasuk ambe dan demikianlah hujah ambe
8 jam yang lalu ·
Hazlina Zulkifli
Hazlina Zulkifli
Pija,dari cerita2 di atas; saya rasa Pija perlu ambil maid;anda bernasib baik selama ini meninggalkan anak2 di rumah atas tanpa pengawasan orang dewasa; walaupun incident anak duduk atas perut baby itu tidak membawa lebih kemudharatan, tapi anda lebih perlu berhati2 di masa hadapan...

Mengambil maid bukan bermakna anda mengabaikan tangggungjawab sebagai ibu dan isteri malah anda dapat menumpukan lebih masa kepada mereka.
Kalau nak diikutkan; tugas utama isteri adalah melayan suami dan mendidik anak. Tugas2 lain boleh dibantu oleh pembantu jika suami mampu menyadiakan pembantu. Wallahua'lam!
7 jam yang lalu ·
Azniza Muhamad Radzi
Azniza Muhamad Radzi
sangat2 setuju...
7 jam yang lalu ·
Azee Azwani
Azee Azwani
maid nh cuma membantu menda2 yg kt xsmpat nk buat j...anak2 pn jgn diajar mggunakan khidmat maid sgt...pas makan basuh pinggan sndiri k...2 wajib...n keje2 memasak sila buat sendiri ye wahai ibu mithali n is3 solehah :p n jgn benarkan maid masuk dlm bilik kt ckup ler
6 jam yang lalu ·
Mohd Redzuan
Mohd Redzuan
memandangkan rumah ataih, kedai bawah... bubuh ja cctv dlm bilik anak... monitor kat bawah... nampak ja anak jaga.. teruih celapak pi naik ataih... :D
5 jam yang lalu ·

Fuhh...memang satu diskusi yang agak sihat dan panas. Kebanyakan dari rakan2 ini tidak menggalakkan saya mengambil maid. Sebenarnya, jika saya benar2 ingin mengambil maid, saya telah mencarinya tapi ini masih lagi sekadar sebut2an di mulut saja. Belum ada kekuatan untuk melaksanakannya walaupun serasanya saya telah hampir nekad untuk memilikinya.

Saya amat tertarik dengan jawapan k.Hazlina :

Mengambil maid bukan bermakna anda mengabaikan tangggungjawab sebagai ibu dan isteri malah anda dapat menumpukan lebih masa kepada mereka.Kalau nak diikutkan; tugas utama isteri adalah melayan suami dan mendidik anak. Tugas2 lain boleh dibantu oleh pembantu jika suami mampu menyadiakan pembantu.

Juga jawapan dari En Ahmad Faiez :

tanggungjawab tetap ada pada isteri n suami untuk menjamin kebahagian umah tangga.. tapi ambik maid itu satu cara untuk memudahkan lagi tanggungjawab anti n suami mengurus dan membahagiakan umah tangga..

Bukan kerana mereka hampir menyebelahi keputusan saya tetapi ia lebih mengarah kepada persoalan saya itu, adakah boleh hilang tanggungjawab jika memilikinya. Sebenarnya, ada banyak komen2 menarik yang saya terima dari rakan2 blogger dan FB. Saya sangat berterima kasih kerana anda semua memberi pendapat dari sisi yang tidak terlihat oleh mata saya.

Setakat entry ini ditulis, saya masih belum mula proses mencari pun lagi. Ini hanyalah satu kemungkinan yang bakal berlaku dan saya anggap pengambilan itu adalah satu keputusan terbesar yang akan ditentukan oleh keluarga kecil kami. Andai Ainul, ibunya seorang doktor yang tinggal di atas klinik (hampir dengan kes saya) boleh memelihara 8 anak tanpa bantuan maid, saya mungkin jauh lebih mampu. Cumanya, adakah jarak usia antara adik beradik Ainul serapat anak2 saya.

Owh tidak, saya tidak akan persoalkan pula jarak usia antara anak2 saya. Setiap kali anak2 ini membenih dalam rahim saya, jiwa saya sangat bimbang dan saya ambil masa berminggu2 juga untuk menguatkan diri saya bahawa ALLAH tidak memberikan amanah ini dengan sia2. Pasti ada sebabnya dan pasti pula ada rezekinya nanti insya ALLAH. Ini bukan persoalan, 'hah sapa suruh tak plan beranak' tapi ini adalah persoalan 'bagaimana saya menguruskan takdir yang telah tersurat dalam hidup saya'.

Saya anggap konflik ini datang bagi menguji sejauhmanakah saya akan bersabar atau betapa ALLAH telah menetapkan saya sebagi saluran untuk memberi pendapatan kepada seorang yang lain. Saya akan maklumkan kalian bagaimanakah keadaannya selepas kelahiran permata hati kami yang ke 5.

*Ya ALLAH, andai kata jika aku mengambil pembantu rumah akan menyebabkan aku menjadi orang yang hilang tanggungjawab maka kuatkanlah aku dalam menjalani tugas sebagai seorang ibu dan isteri kepada keluarga ku. Hanya kepada Mu tempat ku mengadu.